Poster Canva Anda Cantik…Tapi Kenapa Tidak Tarik Pelanggan? 

Anda pernah buat poster di Canva sebaik mungkin untuk nampak design yang professional?  

Anda telah menghabiskan waktu hanya untuk membuat poster promosi sahaja?

Anda juga menggunakan pelbagai cara untuk membina identiti dan menarik perhatian pelanggan untuk “closing sale”.

Mungkin anda juga telah menggunakan poster tersebut untuk membuat posting di semua laman sosial seperti Facebook Marketplace, Shopee atau Carousell tetapi pelanggan tak ramai yang respon.

Wah pasti penat kan !!!  

Terutama untuk yang tidak tahu kesalahan yang dilakukan semasa membuat poster tersebut. Poster Canva anda cantik, tapi tidak tarik pelanggan kerana ia hanya “cantik” secara estetik, bukan “efektif” secara pemasaran. 

Dalam dunia reka bentuk grafik, poster merupakan medium visual yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej dengan cepat dan menarik. Poster bukan sekadar hiasan, ia merupakan alat jualan yang mesti berfungsi seperti magnet wang. Bagaimana kita sebagai seorang usahawan ini dapat memastikan setiap poster yang kita hasilkan dapat menjadi conversion? Dengan ribuan template yang tersedia , Canva memang memudahkan sesiapa sahaja mencipta poster dalam beberapa minit .

Jom kita lihat beberapa masalah sebenar yang berkaitan dengan cara menghasilkan poster yang efektif yang mungkin anda semua mengalaminya. 

5 Kelemahan Poster Canva Anda

1) Terlalu Bergantung Pada Template

Template Canva sangat memudahkan kerja , dapat dihasilkan dalam masa yang singkat tetapi masalah sebenar mungkin berlaku apabila kita hanya menukar teks dan gambar sahaja tanpa faham struktur asas reka bentuk tersebut.  Dengan hanya memilih template yang sesuai, pengguna akan terus menukar teks, gambar, atau warna mengikut keperluan tanpa berfikir panjang untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Contoh apabila anda memilih template “Instagram Sale” biasa dan hanya menggantikan perkataan “Beli Sekarang” dan menambah logo kecil di sudut, hasilnya poster anda tidak ada perbezaan daripada peniaga lain. 

Penerangan tentang penggunaan template

Kesan Poster terlalu Bergantung pada Template

Poster yang dihasilkan kelihatan generik, sama seperti ribuan poster lain yang mungkin anda lihat di Facebook Marketplace atau Shopee. Dengan cara seperti ini kita kurang menunjukkan identiti brand unik kita kepada orang luar (niche) dan secara tidak langsung mungkin poster yang telah dihasilkan tidak menjadi ‘efektif’ untuk mendapatkan engagement dari bakal pembeli (potential buyer).

Selain itu, penggunaan template secara langsung juga boleh menyebabkan poster tidak menggambarkan identiti jenama dengan jelas. Contohnya, warna yang digunakan mungkin tidak selari dengan warna jenama perniagaan, jenis font mungkin tidak sesuai dengan imej perniagaan, dan susunan elemen mungkin tidak menekankan maklumat yang paling penting kepada pelanggan. Template sepatutnya hanya menjadi asas, bukan hasil akhir. 

2) Terlalu Banyak Font Digunakan

Salah satu kesilapan paling biasa yang dilakukan oleh pereka baru ialah penggunaan terlalu banyak jenis font dalam satu poster. Kesilapan ini boleh menjejaskan estetika keseluruhan dan mengurangkan keberkesanan komunikasi visual. Poster yang serabut akibat banyak font tidak hanya kelihatan tidak profesional, tetapi juga menyukarkan pembaca untuk memahami kandungan dengan mudah.

Penerangan tentang Font

Penyebab Penggunaan Terlalu Banyak Font

Ramai beginner cenderung memilih font secara berlebihan kerana ingin menonjolkan setiap elemen teks. Contohnya, tajuk utama menggunakan font yang artistik untuk kelihatan menarik, sub tajuk pula diganti dengan font yang klasik, manakala isi kandungan ditulis menggunakan fon jenis moden. Pendekatan ini timbul daripada keinginan untuk variasi, tetapi sebenarnya mencipta kekeliruan visual kerana setiap fon membawa ‘peribadi’ tersendiri yang bertentangan.

Kesan Poster yang Tidak Konsisten

Hasil daripada campuran font yang berlebihan, poster kelihatan serabut dan tidak harmoni. Mata pembaca menjadi terganggu, menyebabkan mesej utama hilang dalam kekusutan visual. Secara profesional, poster sebegini boleh menjejaskan kredibiliti pereka atau jenama yang dipromosikan.  Kajian dalam reka bentuk grafik menunjukkan bahawa pembaca hanya meluangkan masa kurang daripada 5 saat untuk melihat poster, jadi penggunaan jenis font yang terlalu banyak boleh mengurangkan kadar perhatian dan tindakan seperti pembelian atau pendaftaran.  

Sumber : (https://www.canva.com/learn/top-7-typography-tips-for-poster-design/)

Cadangan untuk Reka Bentuk yang Berkesan

Untuk mengelakkan masalah ini, pereka disyorkan menggunakan hanya 2 hingga 3 jenis font sahaja dalam satu poster. Dengan pendekatan ini, poster akan kelihatan konsisten, profesional, dan lebih meyakinkan.

    3) Susunan Elemen Yang Tidak Seimbang

    Dalam reka bentuk poster, susunan elemen memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan mesej dapat disampaikan dengan jelas dan menarik. Poster yang baik bukan sahaja cantik dari segi warna dan font, tetapi juga perlu tersusun dengan seimbang. Namun begitu, ramai pengguna Canva sering melakukan kesilapan dengan menambah terlalu banyak elemen seperti icon, shape, sticker dan effect secara berlebihan. Akibatnya, poster menjadi sesak, padat dan sukar dibaca oleh audiens.

    Penerangan Elemen Yang Tidak Seimbang

    Masalah Elemen Berlebihan

    Apabila terlalu banyak elemen dimasukkan ke dalam satu poster, fokus utama akan hilang. Sebagai contoh, icon yang terlalu banyak boleh mengganggu pandangan mata, manakala penggunaan shape dan sticker yang berlebihan pula menjadikan reka bentuk kelihatan serabut. Effect yang digunakan secara melampau juga boleh menyebabkan teks utama tenggelam dan tidak menonjol. Keadaan ini membuatkan poster gagal menarik perhatian dengan cara yang profesional.

    Kepentingan Ruang Kosong (white space)

    Salah satu ciri penting dalam poster yang berkesan ialah kewujudan ruang kosong atau white space. Ruang kosong bukan bermaksud poster kelihatan kosong atau tidak lengkap, sebaliknya ia membantu memberi nafas kepada reka bentuk. Dengan adanya ruang kosong, maklumat utama seperti tajuk, gambar dan mesej penting akan lebih mudah dilihat serta difahami. Ruang ini juga menjadikan poster nampak lebih kemas, moden dan profesional.

    Kesan Susunan Tidak Seimbang

    Poster yang terlalu padat boleh memberi kesan negatif kepada pembaca. Mata penonton akan menjadi keliru kerana terlalu banyak perkara mahu dilihat dalam satu masa. Mereka mungkin hilang minat sebelum sempat memahami mesej yang ingin disampaikan. Dalam konteks pemasaran, keadaan ini boleh menjejaskan keberkesanan promosi kerana poster tidak mampu menarik perhatian dengan cepat. Oleh itu, keseimbangan dalam susunan elemen sangat penting untuk memastikan mesej sampai kepada sasaran.

    Cara Mengatasi Masalah

    Untuk menghasilkan poster yang lebih menarik, kita perlu bijak memilih elemen yang benar-benar diperlukan sahaja. icon, shape dan sticker boleh digunakan, tetapi biarlah secara sederhana dan sesuai dengan tema poster. Selain itu, susunan teks dan gambar perlu diberi ruang yang cukup supaya tidak bersesak. Pengguna juga perlu mengutamakan keserasian warna, saiz elemen dan kedudukan setiap komponen agar poster kelihatan seimbang dan mudah dibaca.

    4) Hierarki Maklumat Tidak Jelas

    Dalam reka bentuk poster, susunan maklumat yang teratur sangat penting untuk memastikan mesej mudah difahami. Poster yang berkesan biasanya mempunyai hierarki maklumat yang jelas, iaitu bermula dengan tajuk utama, diikuti oleh maklumat penting, dan diakhiri dengan seruan tindakan atau call to action. Namun begitu, ramai pereka grafik melakukan kesilapan dengan meletakkan semua teks pada saiz dan berat yang sama. Keadaan ini menyebabkan poster kelihatan hambar dan sukar difahami oleh pembaca.

    Penerangan tentang Hieraki Maklumat

    Masalah Hierarki Tidak Jelas

    Apabila semua teks dalam poster kelihatan sama besar dan sama menonjol, pembaca akan mengalami kesukaran untuk menentukan bahagian mana yang perlu dibaca dahulu. Tajuk utama tidak kelihatan menonjol, maklumat penting pula tenggelam, manakala call to action tidak dapat menarik perhatian. Akibatnya, mesej utama poster gagal disampaikan dengan berkesan. Poster seperti ini bukan sahaja kurang menarik, tetapi juga boleh menyebabkan pembaca hilang minat untuk terus membaca.

    Kepentingan Susunan Maklumat

    Hierarki maklumat yang jelas membantu pembaca memahami isi poster dengan cepat. Tajuk utama berfungsi untuk menarik perhatian, manakala maklumat penting memberikan butiran yang diperlukan. Selepas itu, call to action pula memberi arahan kepada pembaca tentang tindakan seterusnya, seperti mendaftar, membeli atau menghubungi pihak penganjur. Dengan susunan yang betul, pembaca akan lebih mudah mengikut aliran maklumat yang disampaikan.

    Kesan Kepada Keberkesanan Poster

    Poster yang tidak mempunyai hierarki maklumat yang baik akan kelihatan serabut dan tidak profesional. Pembaca mungkin keliru kerana tiada penekanan pada maklumat yang paling penting. Dalam dunia pemasaran dan promosi, keadaan ini sangat merugikan kerana poster gagal menarik perhatian dalam masa yang singkat. Mesej yang sepatutnya memudahkan tindakan akhirnya menjadi kabur dan tidak berkesan.

    Cara Menghasilkan Hierarki yang Jelas

    Untuk membina hierarki maklumat yang baik, pereka perlu membezakan saiz font, warna, dan ketebalan teks mengikut kepentingannya. Tajuk utama perlu lebih besar dan lebih menonjol berbanding maklumat lain. Maklumat penting pula boleh disusun dengan saiz sederhana, manakala call to action boleh diberi warna atau kedudukan khas agar mudah dilihat. Selain itu, penggunaan ruang kosong juga membantu menjadikan susunan maklumat lebih kemas dan teratur.

    5) Tiada Identiti Branding

    Dalam dunia perniagaan dan pemasaran, identiti branding memainkan peranan yang sangat penting untuk membina imej yang kukuh dan mudah dikenali. Sesebuah poster bukan sekadar alat promosi, tetapi juga cerminan kepada jenama yang ingin diketengahkan. Namun begitu, ramai yang mencipta poster Canva tanpa mengambil kira aspek branding seperti warna jenama, gaya font dan konsistensi visual. Akibatnya, poster yang dihasilkan kelihatan seperti datang daripada jenama yang berbeza-beza.

    Penerangan tentang Identiti Branding

    Masalah Branding Tidak Konsisten

    Apabila tiada identiti branding yang jelas, setiap poster akan kelihatan tidak seragam dari segi rupa dan gaya. Ada poster yang menggunakan warna terang, ada yang menggunakan warna gelap, dan ada pula yang menukar jenis font sesuka hati. Keadaan ini menyebabkan pelanggan sukar mengenal pasti bahawa semua poster tersebut sebenarnya milik perniagaan yang sama. Lama-kelamaan,  identiti dan reka bentuk yang tidak konsisten ini boleh melemahkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama tersebut.

    Kepentingan Identiti Jenama

    Identiti branding yang konsisten membantu membina pengenalan jenama yang kuat dalam kalangan pelanggan. Warna jenama yang sama, gaya font yang serasi dan reka bentuk visual yang stabil akan memudahkan pelanggan mengingati perniagaan anda. Apabila pelanggan kerap melihat gaya yang sama, mereka akan lebih cepat mengenali jenama tersebut walaupun hanya melihat sekilas pandang. Hal ini sangat penting dalam dunia pemasaran digital yang bergerak pantas dan penuh persaingan.

    Kesan Kepada Perniagaan

    Poster yang tidak mempunyai identiti branding boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan. Pelanggan mungkin merasakan jenama tersebut tidak profesional atau tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Selain itu, mesej promosi juga menjadi kurang berkesan kerana pembaca tidak dapat mengaitkan poster itu dengan jenama tertentu. Dalam jangka panjang, hal ini boleh menjejaskan daya ingatan pelanggan terhadap perniagaan dan mengurangkan peluang untuk mendapatkan sokongan berulang.

    Cara Mewujudkan Branding yang Konsisten

    Untuk memastikan branding lebih tersusun, pereka perlu menetapkan satu set warna jenama yang tetap untuk digunakan dalam setiap poster. Selain itu, pilihan font juga perlu seragam supaya memberikan identiti yang sama pada semua bahan promosi. Elemen visual seperti logo, ikon, corak dan susun atur juga harus dikekalkan secara konsisten. Dengan cara ini, setiap poster bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi juga mampu mengukuhkan imej jenama di mata pelanggan.

    Contoh Poster Promosi Beras Faiza 

    Poster ini merupakan contoh reka bentuk poster yang baik kerana ia memenuhi beberapa prinsip asas reka bentuk komunikasi visual:

    • penggunaan font yang minimum
    • susunan elemen yang seimbang
    • hierarki maklumat yang jelas
    • identiti jenama yang kuat

    Gabungan elemen-elemen ini menjadikan poster mudah difahami, menarik perhatian pengguna, dan berkesan sebagai bahan promosi produk makanan.

    Ilustrasi Pendigitalan

    Canva sebenarnya adalah tool yang sangat powerful. Ramai designer profesional juga menggunakannya untuk menghasilkan design yang berkualiti.

    Perbezaannya ialah mereka memahami:

    • prinsip design
    • susunan visual
    • penggunaan font
    • strategi komunikasi visual

    Tanpa memahami perkara ini, hasil design akan tetap nampak biasa walaupun menggunakan tool yang sama.

    Secara konklusinya , pengguna digalakkan untuk mengubah suai elemen reka bentuk seperti warna, jenis font, susunan maklumat, serta menambah elemen visual yang lebih sesuai dengan identiti jenama mereka. Dengan pendekatan ini, poster yang dihasilkan bukan sahaja kelihatan lebih unik, malah mampu menyampaikan mesej perniagaan dengan lebih jelas dan profesional.Jika anda ingin belajar bagaimana menghasilkan poster Canva yang nampak lebih profesional, tersusun dan meyakinkan, kemahiran ini sebenarnya boleh dipelajari dengan langkah yang betul.