Tentang Kami

PEMENANG ASBHIVE HASANAH IMPACT CHALLENGE
Bagaimana ianya bermula…
Sejak tahun 2023, Rosalia, mewakili iLMU Academy, telah berkecimpung dalam usaha pembangunan komuniti melalui bidang kemahiran digital, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modul pembelajaran yang bermanfaat untuk perusahaan sosial, usahawan mikro dan komuniti setempat.
Dalam tempoh yang sama, Hadi, mewakili Impuls Inovatif Enterprise, turut terlibat dalam usaha memperkukuh pembangunan literasi digital, kemahiran teknologi dan pendidikan STEM melalui pelaksanaan pelbagai program bersama komuniti, sekolah, belia dan organisasi setempat.
Kedua-dua organisasi berkongsi aspirasi yang sama untuk memperluas akses kepada ilmu dan kemahiran digital secara lebih terbuka, praktikal dan inklusif. Pelbagai seminar, bengkel, forum, kempen serta aktiviti pembelajaran telah dilaksanakan bagi membantu golongan belia, komuniti dan usahawan mikro meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam menghadapi keperluan dunia digital.
Daripada pengalaman dan usaha tersebut, lahirlah idea untuk membangunkan sebuah platform pembelajaran digital yang bukan sahaja menghimpunkan kandungan pembelajaran, tetapi turut menjadi ruang perkongsian ilmu dan penghubung antara komuniti dengan sumber pembelajaran yang relevan.
Pada Oktober 2025, projek Nadiilmu.my berjaya direalisasikan sebagai satu inisiatif bersama iLMU Academy dan Impuls Inovatif Enterprise, dengan matlamat untuk meneruskan usaha pembangunan modal insan secara lebih tersusun dan mampan melalui akses kepada pembelajaran digital.
Di Sebalik Nadiilmu.my
Nadiilmu.my merupakan sebuah inisiatif pembelajaran digital yang dibangunkan melalui kerjasama iLMU Academy dan Impuls Inovatif Enterprise, dengan menggabungkan pengalaman kedua-dua organisasi dalam bidang pembangunan komuniti, pendidikan, kemahiran digital, teknologi dan inovasi.
iLMU Academy memberikan fokus kepada pembangunan ekosistem pembelajaran berasaskan ilmu, teknologi dan inovasi, manakala Impuls Inovatif Enterprise membawa pengalaman dalam pembangunan pendidikan digital, STEM serta pengupayaan komuniti melalui pendekatan pembelajaran yang praktikal dan berasaskan projek.
Kerjasama ini diterajui oleh Rosalia, mewakili iLMU Academy, bersama Hadi, mewakili Impuls Inovatif Enterprise, dalam usaha membangunkan Nadiilmu.my sebagai sebuah platform yang dapat menghimpunkan kandungan, sumber dan pengalaman pembelajaran daripada pelbagai bidang.
Melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), Nadiilmu.my berperanan sebagai platform yang menghimpunkan kandungan pembelajaran digital serta menghubungkan komuniti dengan ilmu, kemahiran dan sumber yang relevan mengikut keperluan semasa.
Nadiilmu.my membawa aspirasi untuk menjadi penghubung antara ilmu dan masyarakat melalui akses pembelajaran yang lebih terbuka, inklusif dan memberi impak — agar ilmu bukan sekadar dipelajari, tetapi dapat diterapkan, dikongsi dan dimanfaatkan dalam kehidupan serta komuniti.
Visi
Menjadi platform pembelajaran digital utama yang memperkasa usahawan sosial dan belia dengan kemahiran abad ke-21 untuk membina komuniti yang inovatif, berdaya tahan, dan berimpak sosial tinggi.
Misi
- Menyediakan akses pembelajaran digital inklusif melalui modul yang praktikal, interaktif, dan relevan dengan keperluan semasa dunia keusahawanan sosial dan ekonomi digital.
- Membangunkan potensi belia melalui latihan kemahiran digital, keusahawanan, dan kepimpinan yang mampu diterjemah kepada tindakan sebenar di lapangan.
- Menghubungkan komuniti pembelajar, mentor, dan pakar industri untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran berterusan yang menyokong pembangunan sosial dan ekonomi.
- Menggalakkan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab dan beretika bagi menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
- Menjadi jambatan digital antara ilmu dan tindakan, agar setiap pembelajaran di Nadi Ilmu menghasilkan impak sebenar kepada komuniti.





