Merancang Content Calendar dengan Menggunakan Canva Content Planner

Current Status

Not Enrolled

Price

Closed

Get Started

This course is currently closed

Canva merupakan salah satu platform yang boleh membantu menghasilkan, mengurus dan menyusun kandungan digital dengan lebih mudah dan teratur. Dalam pengurusan media sosial, perancangan kandungan yang baik penting bagi memastikan kandungan dapat disediakan lebih awal, diterbitkan secara konsisten dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Melalui kursus Merancang Content Calendar dengan Menggunakan Canva Content Planner, peserta akan diperkenalkan kepada konsep perancangan kandungan serta penggunaan Canva Content Planner untuk membantu mengurus dan menjadualkan kandungan media sosial dengan lebih sistematik.

Kursus ini merangkumi:

  • Pengenalan kepada konsep Content Calendar.
  • Kepentingan dan manfaat perancangan kandungan.
  • Pengenalan kepada Canva Content Planner.
  • Penggunaan Canva Content Planner dalam pengurusan kandungan media sosial.
  • Perbandingan antara kaedah pengurusan kandungan secara manual dengan penggunaan Canva Content Planner.
  • Tutorial penggunaan Canva Content Planner.

Kursus ini sesuai untuk usahawan, pengurus media sosial, pencipta kandungan, organisasi dan individu yang ingin mengurus kandungan media sosial dengan lebih terancang, konsisten dan efisien.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Memahami konsep dan kepentingan Content Calendar.
  • Mengenal pasti manfaat perancangan kandungan media sosial.
  • Memahami fungsi utama Canva Content Planner.
  • Menggunakan Canva Content Planner untuk membantu merancang dan menjadualkan kandungan.
  • Membezakan pengurusan kandungan secara manual dengan pendekatan menggunakan Canva Content Planner.

Course Content

Pengenalan
Situasi yang Pernah Dialami
Apa Itu Content Calendar?
Manfaat Content Calendar
Apa Itu Canva Content Planner?
Kenapa Guna Canva Content Planner?
Perbezaan Cara Manual dan Canva Content Planner
Tutorial Ringkas Menggunakan Canva Content Planner
Kuiz Kefahaman