Setup dan Menjual di TikTok Shop

Kursus “Asas Menjual di TikTok Shop” ini dibimbing oleh Coach Tuan Ahmad Fairus dan direka khusus untuk sesiapa sahaja yang nak mula berniaga di TikTok Shop tanpa perlu pengetahuan teknikal yang rumit dan hanya menggunakan smartphone. Melalui 5 video step-by-step, anda akan belajar daripada asas pendaftaran akaun TikTok Shop, setup kedai (warehouse, payment, dan maklumat kedai), cara memasukkan produk pertama anda dengan betul, menjalankan promosi seperti kupon dan diskaun untuk menarik pembeli, sehinggalah cara memantau income, jualan harian, order, dan shop health kedai anda.
Kursus ini sesuai untuk penjual baharu, usahawan kecil, mahupun sesiapa yang ingin menjana pendapatan sampingan melalui TikTok Shop, dengan pendekatan yang praktikal dan mudah diikuti, Anda perlu ikut sahaja apa yang ditunjukkan dalam video, dan kedai TikTok Shop anda sendiri boleh siap dibina dari awal hingga akhir.
