Tentang Kami

PEMENANG ASBHIVE HASANAH IMPACT CHALLENGE
Bagaimana ianya bermula…
Sejak tahun 2023, pengasas Nadiilmu.my iaitu, Hadi telahpun berkecimpung dalam usaha pembangunan komuniti dalam bidang kemahiran digital merangkumi modul-modul yang berguna dalam sesebuah perusahaan sosial dan mikro.
Kami telahpun menjalankan pelbagai program berbentuk seminar, bengkel, forum dan juga kempen yang menjemput dan menggalakkan golongan belia untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang digital.
Pada Oktober 2025, projek Nadiilmu.my berjaya direalisasikan sebagai salah satu usaha meneruskan kelestarian pembangunan modal insan untuk segenap lapisan komuniti.
Visi
Menjadi platform pembelajaran digital utama yang memperkasa usahawan sosial dan belia dengan kemahiran abad ke-21 untuk membina komuniti yang inovatif, berdaya tahan, dan berimpak sosial tinggi.
Misi
- Menyediakan akses p1embelajaran digital inklusif melalui modul yang praktikal, interaktif, dan relevan dengan keperluan semasa dunia keusahawanan sosial dan ekonomi digital.
- Membangunkan potensi belia melalui latihan kemahiran digital, keusahawanan, dan kepimpinan yang mampu diterjemah kepada tindakan sebenar di lapangan.
- Menghubungkan komuniti pembelajar, mentor, dan pakar industri untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran berterusan yang menyokong pembangunan sosial dan ekonomi.
- Menggalakkan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab dan beretika bagi menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
- Menjadi jambatan digital antara ilmu dan tindakan, agar setiap pembelajaran di Nadi Ilmu menghasilkan impak sebenar kepada komuniti.





