Asas Cipta Poster Menggunakan Canva

RM10.00

Canva ialah platform reka bentuk grafik dalam talian yang mudah digunakan untuk menghasilkan poster, media sosial, pembentangan dan pelbagai bahan visual secara profesional tanpa memerlukan kemahiran reka grafik yang kompleks.

Kursus ini menerangkan asas penggunaan Canva secara langkah demi langkah sehingga anda mampu menghasilkan poster sendiri dengan yakin.

Category:

Description

Apa Itu Canva?

Canva ialah platform reka bentuk grafik berasaskan web yang membolehkan pengguna mencipta pelbagai bahan visual seperti poster, infografik, media sosial, sijil dan pembentangan dengan mudah. Ia sesuai digunakan oleh usahawan, guru, pelajar serta komuniti yang ingin menghasilkan bahan promosi sendiri tanpa perlu mahir menggunakan software reka grafik profesional yang kompleks.

Mengenai Kursus Ini

Kursus Asas Canva ini menerangkan penggunaan Canva versi percuma secara sistematik dan praktikal. Peserta akan dibimbing daripada proses log masuk sehingga mampu menghasilkan poster lengkap menggunakan fungsi utama seperti:

  • Menggunakan template dan custom design

  • Mengurus text, element dan shapes

  • Mengawal alignment dan layer

  • Menggunakan frame dan background image

  • Memuat turun fail dalam format yang sesuai

  • Berkongsi design melalui link untuk kolaborasi

Setiap topik disampaikan secara langkah demi langkah supaya mudah diikuti oleh pengguna baharu.

Siapa Yang Sesuai Mengikuti Kursus Ini?

Kursus ini sesuai untuk:

  • Usahawan kecil dan sederhana

  • Peniaga online dan offline

  • Aktivis komuniti

  • Guru dan pelajar

  • Individu yang ingin belajar reka poster sendiri

Tiada pengalaman reka grafik diperlukan.

Hasil Pembelajaran

Selepas mengikuti kursus ini, peserta akan mampu:

  • Menghasilkan poster sendiri menggunakan Canva

  • Mengurus susun atur design dengan lebih kemas dan profesional

  • Memilih format fail yang sesuai untuk media sosial atau cetakan

  • Berkongsi reka bentuk dengan rakan kolaborasi