Contoh Penggunaan Untuk Masyarakat Awam
Contoh ketiga ialah Nadiilmu.my sebagai platform pendidikan untuk masyarakat umum.
Platform ini membolehkan komuniti dan organisasi menerbitkan bahan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran awam terhadap pelbagai isu setempat seperti alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Walaupun bahan pendidikan sering dikongsi melalui platform terbuka seperti media sosial, Nadiilmu.my menyediakan ruang pembelajaran yang lebih tersusun dan mendalam. Dengan ciri Learning Management System seperti kandungan berperingkat, elemen interaktif, penilaian, kuiz dan persijilan, pendidikan dapat dilaksanakan secara lebih berfokus, berimpak dan berstruktur.