Pengenalan Nadiilmu.my & Objektif

Nadiilmu.my ialah platform e‑pembelajaran berasaskan komuniti yang menyediakan ruang digital untuk berkongsi bahan pembelajaran yang unik dan relevan dengan konteks setempat. Platform ini merangkumi pelbagai topik berkaitan budaya, warisan, kemahiran dan pengetahuan tempatan. Ia menggalakkan sumbangan bahan daripada komuniti yang mempunyai kepakaran formal atau tidak formal. Matlamat utamanya ialah memelihara, meneruskan dan memperkasakan ilmu setempat melalui pendigitalan, sambil menyediakan sistem sokongan yang memudahkan proses tersebut. Komuniti juga boleh menggunakan platform ini sebagai produk pendidikan untuk ahli mereka, masyarakat setempat, pelanggan atau umum.