Pengenalan Nadiilmu.my

Kursus ini memperkenalkan platform Nadiilmu.my sebagai sebuah ekosistem e-pembelajaran berasaskan komuniti yang menyokong perkongsian ilmu setempat, pemeliharaan warisan dan pendigitalan pengetahuan komuniti.
Peserta akan memahami objektif penubuhan Nadiilmu.my, konsep kolaborasi komuniti, serta pelbagai kegunaan platform ini dalam konteks pendidikan ahli komuniti, pelanggan dan masyarakat umum. Kursus ini juga menyorot bagaimana Nadiilmu.my boleh dimanfaatkan sebagai alat sokongan pembelajaran yang berstruktur melalui kandungan digital, interaktif, penilaian dan persijilan.
Kursus ini sesuai untuk pemimpin komuniti, NGO, organisasi sosial, usahawan komuniti dan individu yang berminat membangunkan atau mengurus bahan pendidikan digital berasaskan komuniti.
